Tadi pagi terbangun dengan bunyi hp yang memanggil untuk dilayani. Kerja. Tugasan sampingan yang kulakukan. Ya...perlu disegerakan dan aku terpaksa mengagahi melawan kantuk mataku yang cuma mampu terlelap selama 2 jam. Semalaman aku menyiapkan tugasan ini. Notis kurang 24 jam. Aku kena sentiasa on 24 jam.
Lebih kurang jam 10am aku ke ip untuk fax teks yang diperlukan. Malas ke ofis. Kebetulan perlu membeli sedikit keperluan untuk dapur dan persediaan raya. aduh..selama membeli-belah itupun kantuk ku tetap on....sempat beritahu pada seorang pekerja bahawa aku mengantuk...hahaha...what the hell? buat apa dia tau?
>
>
Kembali ke rumah dan bersedia untuk tidur lagi. Kebetulan hari ini cuti. Angan2 untuk handwash bajuku yang sudah lama terabai tergendala lagi(rosak kalau masuk mesin). Kira-kira jam 1.40pm terbangun. Termangu-mangu....Hatiku tertanya-tanya apa yang ganjil? Puas aku memikirkannya.
Aku terjaga dari tidur dan mendapati mimpi itu tiada lagi. Ya.....tiada lagi. Mungkin sudah terkunci lagi dalam hatiku terdalam......Alangkah bodoh membiarkannya terlepas dan membara, akhirnya yang terbakar diriku sendiri. Tanpa kusedari, tergenang airmata. Pedih jantungku kehilangan rasa itu, tapi aku yakin, aku akan dapat bangkit dari kekalahan ini dengan tidak memperbodohkan diri sendiri.
Aku berjanji.
No comments:
Post a Comment