Barangkali boleh salahkan suara takbir yang berulang-ulang dimainkan di kaca tv, dan aku terus terpaksa mendengarnya kerana aku memang sedang menonton tv. Suara takbir meluluhkan hatiku, dan memusnahkan janji yang kuikrarkan sendiri untuk tidak lagi mahu bersedih-sedih. Untuk melupakan segenap cerita hitam yang pernah singgah dalam kehidupanku.
Subuh ini, terbawa oleh kesyahduan syawal hati jadi melankolik. Jadi sayu. Kembali fragile. Cengeng menangisi takdir hidup sendiri. Mengapa kesedihan ini tidak pernah berakhir? sedangkan sudah berpuluh tahun aku hidup sendiri. Merintis jalan apa yang harus kulalui tanpa mengharap pedoman dari siapa-siapa. Memang aku tidak percaya, nasibkulah yang termalang kerana ramai di luar sana yang nasib mereka lebih teraniaya. Namun itu sedikitpun tidak bisa menghibur hatiku subuh ini.
Mungkin juga dari mula aku sudah tersalah langkah, atau mungkin itu semua memanglah sudah takdirku...harus begitu, harus begini dan aku seperti si buta harus menurut sahaja. Adakah diri kita ini hanya boneka takdir? kerana jika iya, mengapa aku diberikan takdir yang sebegini? hidup dalam kepura-puraan..hanya menjadi diri sendiri di balik tembok-tembok agar tidak terlihat di luar sana.
Tapi aku bersyukur juga kerana sekurang-kurangnya aku diberikan sepasang jantung yang kuat, dan hati yang tidak pernah mati meski dibunuh berulangkali. Belum masanya untuk aku hapus di dunia ini. Anak-anak yang terpaksaku besarkan sejak lahir sendirian, masih belum punya kaki yang kukuh untuk berdiri sendiri..Aku mesti harus bertahan sedikit masa lagi demi memastikan, hidup mereka tidak seperti aku.....struggle...struggle...struggle.
Kadangkala hidup menjanjikan aku sedikit kegembiraan, kemudian meragutnya kembali dengan kejam sekali. Terkadang aku diberikan harapan, hanya akhirnya kusedari harapan itu hanya palsu semata. Bukan salah salah siapa-siapa. Salah aku terlalu berharap, mungkin aku mencipta fatamorgana. Hah....apa yang kamu mengerti tentang luka hati seorang perempuan, seorang kekasih, seorang isteri, seorang ibu. Apa yang kamu mengerti tentang rasa penyesalan seorang aku yang diperdaya oleh rasa dan harapanku sendiri.
Dan yang paling menjijikkan, akulah pemusnah diri sendiri itu.
jayn..pls dont be too hard on yourself. just live, with or without hope.
ReplyDelete