Thursday, September 24, 2009
Tuesday, September 22, 2009
RAYA 3 (22/09/09)
Petang nanti, sejurus ambil c girl dari airport, kami akan langsung balik ke km. Mungkin sampai sana around 8.30pm or 9pm. Mengharapkan cuaca yang baik...perjalanan ini jauh dan keadaan jalan raya selepas pekan kb amat buruk. Tidak pernah baik selama aku mengenali (melalui jalan ini). Telah banyak pembaikan dilakukan namun bertahan hanya 2-3 bulan sahaja, sebelum rosak lagi. Memang sia-sia kerana struktur tanah jalan ini memang mudah mendap....ntah, mungkin tiada alternatif lain, maka keadaan ini berterusan sampai entah bila.
Memandangkan hanya inilah satu-satunya jalan yang ada untuk sampai ke km, maka redah saja lah.
Tak ada yang dapat ku ceritakan tika ini. Jam di laptopku bilang 2:14am. Tapi aku belum mengantuk....awal2 tadi ada kawan datang. Lepas tu aku tengok 2 movie back to back. Di astro takda prpgram yang best. Aku sorang2 di rumah ni. C Jr balik kg tadi pagi, dia janji petang balik tapi kemudian sms pagi ini baru dari kg.....ok ja lah, daripada driving malam2. Bahaya. Nasib juga aku ni bukan jenis penakut hantu. Hmmm....maybe high time for me to start anew. Mingle...mingle...find new friends to fills the holes in my heart that sometimes felt so hollow.
Oh, how beautiful lifes can be...if i choose. But sadly enough, the choice is not mine anymore.
Tuhan, aku pasrahkan hidupku padamu. Kalau tidak, aku ingin mati saja. Otak penat berfikir. Rasa bosan merintih. Bullshit...
Monday, September 21, 2009
SLIPPER GARLAND - BETWEEN THE LINES OF TUN DR.M STATEMENT
When Dr Mahathir said that people in Umno has said worse things about him than MIC's slipper garland brigade, many Opposition websites and Anwar fanboys came out of the gutter to cheer.
They said that this is proof that Umno itself does not respect its senior statesman. Well if you are the sort who sees only what is written then I guess that is fine. Orang kata kalau kail pendek kena lah main kat longkang kan..
But you see, Dr M, like him or not, is a sophisticated politician, who knows how to say many things with just one sentence, if one can compare him to a communication technology, he is like fibre optic, one strand can carry so many messages.
There is much to be discussed in his simple statement because it is his hint to the current leadership that there are enemies within Umno. These are the people who have said nasty things to Dr M. People like Zahid Hamidi said some nasty things about Dr M during his days as a staunch Anwarista, nasty enough to find himself facing the ISA Khairy Jamaludin became a blip on the political radar when he told Dr M to step down when he was still a student in Oxford. Nazri Aziz said some unsavoury things about the former PM, because he wanted to defend Pak Lah. Now I don't really know who Dr M meant when he said those words, but it is clear that there certain personalities within Umno that he is not happy about.
The three I mentioned above are the most obvious examples of people who have said nasty things about Dr M...I am not saying that they are enemies within Umno, you have to arrive at that conclusion on your own lah..What I am saying is that Umno must rid itself of enemies within and this is the cue from the party's most respected elder statesman.
Or ready youself being opposition and the ruin of some other things.
RAYA KE-2 (21/09/09)
Most of the fam's di kk pakat2 balik kampung, termasuk my son, Jr. But i stay behind. Alang2lah...esok pun balik kg juga. So i stay home ja dan buat apa aku suka. Rebus nasi impit dan ketupat palas Nona yang banyak dijual di kedai tu...mmm..sedap ja makan dengan baki rendang daging yang ku masak kelmarin. Layan blues sambil2 sumbat kain cucian dalam mesin basuh (thank god somebody invented it).
Oh how theraputic...alone with a loud love song music as a background and the internet.....yes, i think i am dead and went to heaven !!!
Sunday, September 20, 2009
RAYA PERTAMA





Tanggal 20/09/09 kaum muslimin di Malaysia dan yang sewaktu dengannya meraikan 1 syawal, tanda berakhirnya ramadhan - sebulan berpuasa. Hmm...seperti biasa kanak-kanaklah yang paling riang....yang mcm aku ni tak seberapa riang kerana sudahlah penat buat itu ini, purse pun bocor juga...angpau...angpau...angpau...m nieces, cucu-cucu ini sangat pandai balik2 bersalam...hehehe...terhiburlah juga.
Aku beraya kali ini di kk @ rumah sendiri saja...selalunya aku balik raya di km, kampung ibubapaku...balik raya ke-3 nanti. Kena tunggu anak perempuan yang sedang belajar di Uniten balik kk dulu. Dia sekarang ini sedang beraya dengan daddy dan mak tiri dia dengan saudara maranya di kampung baru, kl. Sedih juga sedikit, first time beraya tanpa dia selama hampir 20 tahun hidupnya. Bagaimanapun jua, aku tidak boleh terlalu mementingkan diri walaupun setelah anak itu besar panjang baru ada yang beria-ia! Biarkan saja. Aku telah melakukan selama ini apa yang terupaya aku buat. Itu tanggungjawab masing2. Malas nak tuntut-tuntut nafkah-kah...aku letih nak gaduh2. Takkan selama ini dia tak tahu tanggungjawab dia. Biar tuhan sajalah yang memberikan penghukumannya. Aku bosan.
Hujan lebatlah pula. Raya sederhana ja....beraya kat rumah faye dan ose....kenyang.
AKU DAN PAGI RAYA
Barangkali boleh salahkan suara takbir yang berulang-ulang dimainkan di kaca tv, dan aku terus terpaksa mendengarnya kerana aku memang sedang menonton tv. Suara takbir meluluhkan hatiku, dan memusnahkan janji yang kuikrarkan sendiri untuk tidak lagi mahu bersedih-sedih. Untuk melupakan segenap cerita hitam yang pernah singgah dalam kehidupanku.
Subuh ini, terbawa oleh kesyahduan syawal hati jadi melankolik. Jadi sayu. Kembali fragile. Cengeng menangisi takdir hidup sendiri. Mengapa kesedihan ini tidak pernah berakhir? sedangkan sudah berpuluh tahun aku hidup sendiri. Merintis jalan apa yang harus kulalui tanpa mengharap pedoman dari siapa-siapa. Memang aku tidak percaya, nasibkulah yang termalang kerana ramai di luar sana yang nasib mereka lebih teraniaya. Namun itu sedikitpun tidak bisa menghibur hatiku subuh ini.
Mungkin juga dari mula aku sudah tersalah langkah, atau mungkin itu semua memanglah sudah takdirku...harus begitu, harus begini dan aku seperti si buta harus menurut sahaja. Adakah diri kita ini hanya boneka takdir? kerana jika iya, mengapa aku diberikan takdir yang sebegini? hidup dalam kepura-puraan..hanya menjadi diri sendiri di balik tembok-tembok agar tidak terlihat di luar sana.
Tapi aku bersyukur juga kerana sekurang-kurangnya aku diberikan sepasang jantung yang kuat, dan hati yang tidak pernah mati meski dibunuh berulangkali. Belum masanya untuk aku hapus di dunia ini. Anak-anak yang terpaksaku besarkan sejak lahir sendirian, masih belum punya kaki yang kukuh untuk berdiri sendiri..Aku mesti harus bertahan sedikit masa lagi demi memastikan, hidup mereka tidak seperti aku.....struggle...struggle...struggle.
Kadangkala hidup menjanjikan aku sedikit kegembiraan, kemudian meragutnya kembali dengan kejam sekali. Terkadang aku diberikan harapan, hanya akhirnya kusedari harapan itu hanya palsu semata. Bukan salah salah siapa-siapa. Salah aku terlalu berharap, mungkin aku mencipta fatamorgana. Hah....apa yang kamu mengerti tentang luka hati seorang perempuan, seorang kekasih, seorang isteri, seorang ibu. Apa yang kamu mengerti tentang rasa penyesalan seorang aku yang diperdaya oleh rasa dan harapanku sendiri.
Dan yang paling menjijikkan, akulah pemusnah diri sendiri itu.
Friday, September 18, 2009
TUN DR MAHATHIR MOHAMMAD
On Samy Velu retaliation.
"Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri. You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah. Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripada Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia. Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan. Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur? Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga. Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat. Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab. Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah. Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi. Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong. Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC. Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orang Melayu, saya perlu tegur."
Sumber: Bernama. "Kalau kita tengok di negara lain, apabila seseorang pemimpin gagal, dia dengan sendirinya letak jawatan. Kalau di Jepun, dia commit harakiri (bunuh diri). Kita tak suruhlah dia (Samy) commit harakiri. You (Samy) gagal pimpin MIC sampai you (Samy) sendiri kalah. Samy dia punya prestasi jauh lebih buruk daripada Pak Lah tapi dia tak mahu nak lepas pun jawatan dia. Sepatutnya sebelum sampai ke tahap itu, dia (Samy) patut letak jawatan. Pak Lah pun saya tegur, apa Samy Vellu saya tidak boleh tegur? Ini ditujukan bukan kepada Samy Vellu seorang sahaja kerana ada yang lain pun macam begitu juga. Saya letak jawatan bukan bila orang kecam saya. Saya letak jawatan sebab saya duduk lama sangat. Pemimpin Malaysia ini belum faham apabila dia gagal, dia patut dengan sendiri letak jawatan, tak payah orang suruh. Bila you gagal, you punya parti gagal. Dia bertanggungjawab. Kalau saya tahu seseorang itu akan menyebabkan kekalahan BN, itu sudah menjadi masalah BN. Bukan masalah MIC lagi. Kita tak boleh kata dok tak interfere (campur tangan) saja. Ini urusan BN. Kerana dia, BN kalah. Dulu mana ada Hindraf. La ni (sekarang) dah ada berpuluh (kumpulan pendesak masyarakt India). Kerana dialah pasal orang tak mahu dia tapi dia nak jadi presiden lagi. Dia nak buat universiti, saya pujuk kerajaan bagi peruntukan RM50 juta dan banyak lagi dia punya projek, saya tolong. Lebih dari itu, saya juga berusaha supaya calon-calon MIC ini disokong oleh orang Melayu. Tanpa sokongan daripada ahli Umno dan orang Melayu lain, MIC tak boleh menang. Jadi ini khidmat saya kepada MIC. Tapi apabila MIC membuat sesuatu yang akan menyebabkan dia tak akan disokong oleh orang India, baik orang Cina, baik orang Melayu, saya perlu tegur."
Jayn: Alas, like Don Quixote they continue to do battle with the windmills because unlike Sancho Panza who spoke the truth, their cronies, hangers-on and apple polishers told them what they love to hear....dear samy, dont let your super ego, larger than life ego blinded your eyes!!
LETTING GO
Tadi pagi terbangun dengan bunyi hp yang memanggil untuk dilayani. Kerja. Tugasan sampingan yang kulakukan. Ya...perlu disegerakan dan aku terpaksa mengagahi melawan kantuk mataku yang cuma mampu terlelap selama 2 jam. Semalaman aku menyiapkan tugasan ini. Notis kurang 24 jam. Aku kena sentiasa on 24 jam.
Lebih kurang jam 10am aku ke ip untuk fax teks yang diperlukan. Malas ke ofis. Kebetulan perlu membeli sedikit keperluan untuk dapur dan persediaan raya. aduh..selama membeli-belah itupun kantuk ku tetap on....sempat beritahu pada seorang pekerja bahawa aku mengantuk...hahaha...what the hell? buat apa dia tau?
>
>
Kembali ke rumah dan bersedia untuk tidur lagi. Kebetulan hari ini cuti. Angan2 untuk handwash bajuku yang sudah lama terabai tergendala lagi(rosak kalau masuk mesin). Kira-kira jam 1.40pm terbangun. Termangu-mangu....Hatiku tertanya-tanya apa yang ganjil? Puas aku memikirkannya.
Aku terjaga dari tidur dan mendapati mimpi itu tiada lagi. Ya.....tiada lagi. Mungkin sudah terkunci lagi dalam hatiku terdalam......Alangkah bodoh membiarkannya terlepas dan membara, akhirnya yang terbakar diriku sendiri. Tanpa kusedari, tergenang airmata. Pedih jantungku kehilangan rasa itu, tapi aku yakin, aku akan dapat bangkit dari kekalahan ini dengan tidak memperbodohkan diri sendiri.
Aku berjanji.
Monday, September 14, 2009
WEEKEND???
Poets often use many words to say a simple thing. I use 2 words only : DAMN TIRED !!!!! running errands for 2 days for the upcoming idul fitri and general cleaning the house... Well, i took liberty to clean up the house and bought a few extra "accessory" to brighten up it a bit....nanti ada tamu2 yang tak diundang datang mati beragan tengok rumah semacam aja....hahahhaaa...Oh my gosh....macam over budget...more than RM10K spend already but i took comfort that the black leather sofa that i love so much are intended for the new house deco concept....my ass!! Sale bah..!! otherwise harganya berbelas-belas ribu.
Saturday, September 12, 2009
Friday, September 11, 2009
ANOTHER TIME
last tuesday goes back to my hometown. the undistingushed village called tingkalanon@tandek.
i am 43 now.

What a life!!!
and yet, it @ my hometown never changed...since 30-40 years ago...the scenery still the same. pure and simple..only some of the folks esp the older generation was long dead. but how much i've changed myself. from the simple scullery i am then to...well, just say that i've done good to my lifes. with hardship of course. nothing comes easy to me, but i never run from my responsibility. but if somehow i failed to fullfil everybody wishes, im sorry....that's the best that i can do. people - its not easy being me. fills my shoes then you will understood.
GILA-GILA
Ada mimpi yang agak menyenangkan hati...tapi iyalah..namanyapun mimpi. Mainan tidur. Apa-apapun hari ini Jumaat jadi ia hari yang baik untuk memulihkan semangat. Kemarin aku pi round kedai mahu cari speaker. Akhirnya jumpa yang mcm elok ja soundnya. BePro. Ntah ok ke tidak. RM3288. Harap2 berbaloilah untuk aku santai2 nyanyi sendiri di rumah....wah...terlebih sudah....Budget...budget...budget...jangan ter-over!
Thursday, September 10, 2009
FOREVER TRAPPED
Aku tak tahu kenapa aku tidak bisa bersabar dengan karakter bapaku sendiri. Dia semakin tua, namun kedegilannya melebihi anak-anakan. Dia tidak berdaya tapi hanya mahu menuruti kemahuan sendiri. Mungkin juga beliau sudah memasuki fasa "lali" sedikit - bak kata orang, mereka yang sudah lanjut usia kembali ke perangai budak2 tapi kes dia ni lain sikit. Ingatan ku sedari kecil, dia memang begitu. So set about his own's want and reading everything on his own interpretation. To say that he was a failed father is too much. He do try hard and in his own way he loves his children's dearly but it was mum that makes it all happened.
Mereka bercerai dan tak rujuk2 lagi masa aku tahun 5 memasuki fasa tahun 6. Mungkin 1977. Sebelum itu mereka asyik cerai-rujuk. Memang kenangan masa kecil yang tak bahagia, dan tidak banyak ingatan yang kekal dalam ingatanku...Jika Sig Frued menganalisa situasiku, mungkin dia akan membuat hipotesis bahawa aku sengaja melupakan semua kenangan pahit dan kekecewaan di zaman anak-anak.
Sebanyak mana aku mahu melupakan, sebanyak itu sejarah awal mewarnai kehidupanku...warna yang mereka palitkan tidak pernah luntur.....malahan aku, seperti mereka, lebih rela hidup sendiri daripada menjadi boneka or taking nonesense from some bullshit.
Mereka bercerai dan tak rujuk2 lagi masa aku tahun 5 memasuki fasa tahun 6. Mungkin 1977. Sebelum itu mereka asyik cerai-rujuk. Memang kenangan masa kecil yang tak bahagia, dan tidak banyak ingatan yang kekal dalam ingatanku...Jika Sig Frued menganalisa situasiku, mungkin dia akan membuat hipotesis bahawa aku sengaja melupakan semua kenangan pahit dan kekecewaan di zaman anak-anak.
Sebanyak mana aku mahu melupakan, sebanyak itu sejarah awal mewarnai kehidupanku...warna yang mereka palitkan tidak pernah luntur.....malahan aku, seperti mereka, lebih rela hidup sendiri daripada menjadi boneka or taking nonesense from some bullshit.
I worried about pa. Something else. Not only his aging self, but deep down, i regret his faith. God help me. Help him to healed himself.
Im so unhappy - so guilty of nothing that ain't be done a thousand times before. What a fool. I am.
Tuesday, September 8, 2009
Saturday, September 5, 2009
JUST PASSING BY
....just realized it..Im just parts of the history...to complete some of the missing parts. Later remorse will engulf me...and the feeling HATE would destroy me forever.
A GOOD READ FROM DATUK A KADIR JASIN
I just Quate him.
Piagam Ekuinas Jamin Penyertaan Bumiputera
A Kadir Jasin
Piagam Ekuinas Jamin Penyertaan Bumiputera
A Kadir Jasin
EKUITI Nasional Berhad (Ekuinas) yang diperbadankan tiga hari lalu berharap dapat memulakan kegiatan membiayai penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi korporat dalam masa enam bulan dari sekarang.
Ekuinas yang berupa antara inisiatif ekonomi terpenting Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak adalah tabung ekuiti persendirian (private equity fund) yang bertujuan menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.
Secara tidak langsung tabung ini juga bertujuan mengimbangi pelonggaran garis panduan Jawatankuasa Pelaburan Asing (FIC) yang menggugurkan syarat pemilikan Bumiputera dalam beberapa sektor ekonomi seperti diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
Antara lain, kerajaan berharap dapat mewujudkan generasi baru usahawan Bumiputera yang memiliki dan mengurus syarikat mereka sendiri, sama ada syarikat persendirian atau pun syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.
Tabung ekuiti persendirian ini adalah antara jawapan kepada ketirisan pemilikan Bumiputera di dalam sektor korporat dan untuk mewujudkan kapasiti modal serta pengurusan Bumiputera yang berdaya maju.
Hari ini, Ekuinas memperkenalkan dirinya kepada media massa melalui sebuah taklimat di Ibu Negara yang diketuai oleh Pengerusinya, Raja Arshad Raja Tun Uda. Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rahman Ahmad dan dua ahli lembaga pengarah iaitu Azman Yahya dan Mohamad Jawhar Hassan. Seorang lagi pengarah, adalah Noriyah Ahmad (Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi JPM).
Pada 1 Julai lalu, Mohd Najib mengumumkan cadangan penubuhan Ekuinas dengan modal permulaan RM500 juta daripada kerajaan. Matlamatnya adalah menaikkan jumlah itu kepada RM10 bilion, termasuk modal persendirian. Ekuinas berharap 20 peratus daripada modalnya akan datang daripada pelabur persendirian.
Tidak seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang bermatlamatkan pengagihan kekayaan korporat (melalui skim amanah saham), Ekuinas tidak mengagihkan kekayaan korporat.
Sebaliknya ia akan mewujudkan masyarakat korporat Bumiputera yang berdaya maju dan boleh bersaing dengan usahawan dan pemodal bukan Bumiputera dan pelabur asing. Dalam erti kata lain, matlamatnya adalah pembinaan kapasiti modal dan pengurusan Bumiputera dalam sektor korporat.
Sebarang unsur pengagihan kekayaan adalah dalam bentuk penyertaan terus Bumiputera dalam sektor itu. Selain membantu mereka melalui caruman modal, Ekuinas akan menjadi rakan kongsi cergas kepada usahawan Bumiputera yang terbabit.
Justeru itu, kejayaan Ekuinas bergantung kepada dua ciri utama. Pertama kemampuan mengenal pasti usahawan dan eksekutif Bumiputera yang berpotensi menjadi rakan kongsi yang berdaya maju. Kedua mengenal pasti projek dan kegiatan ekonomi yang boleh mereka sertai dengan pembiayaan dan bimbingan Ekuinas.Tugas ini pastinya mencabar kerana modal yang dicadangkan bagi setiap satu projek atau kegiatan adalah besar – dalam lingkungan RM50 juta dengan prospek pulangan melebihi 10 peratus setahun dalam jangka masa tiga hingga tujuh tahun.
Bagi saya, frasa keramat dalam piagam Ekuinas ialah “menjamin penyertaan Bumiputera secara sama rata, berterusan dan berkesan melalui operasi perniagaan yang telus dan mesra.” Inilah ikrarnya kepada masyarakat usahawan Bumiputera khasnya dan Bumiputera amnya.
Kak Jayn: ???
AFTER MIDNIGHT
Yesterday we were children. Today we are adolescents and tommorow we will be our independent selves.
Wednesday, September 2, 2009
WAKTU YANG TELAH TERLEWATI
klcc
macam kicin ja
Tuesday, September 1, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)